Skip to main content

Posts

Featured

Bab 7: 1 Ramadhan 1432 - Ramadhan yang Hilang

Jam di dinding bilik mesyuarat ibupejabat Jana Power Sdn Bhd menunjukkan 4.16 petang. Khairil rasanya tak mampu lagi menahan kelopak atas matanya dari jatuh.   Amran, CEO Jana Power Sdn Bhd, sedang membebel tentang kesilapan yang dia sendiri terjumpa di dalam kertas cadangan yang bakal diserahkan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.   Tambahan pula dihari pertama puasa ini. Sememang kebiasaan Khairil setiap Ramadhan tidak tidur selepas bangun sahor pukul lima pagi.   Masalah Khairil ialah gastrik. Dia tak berani untuk makan terlalu awal. Pernah dia pening dan muntah di pejabat ini pada Ramadhan yang lepas. Orang semua panik dan Amran sendiri kejarkan dia ke Hospital.   Suatu jasa baik yang hanya dapat dibalas oleh Khairil dengan termuntah diatas kerusi kulit Mercedes S400 Amran yang masih baru ketika itu.   Tapi bau kulit dalam kereta itu tidak lansung menolong Khairil menahan isi perutnya dari meledak keluar. Tiba-tiba Khairil terasa pehanya dicubit. Hampir

Latest posts

Bab 6: Dari UTM ke Yong Peng

Bab 5: Amran

Bab 4: Amran bertemu Khairil