Bab 6: Dari UTM ke Yong Peng
Dalam kegairahannya untuk “membalas dendam” ke atas ibu
dan bapanya, Amran terlupa satu perkara.
Dia tiada biasasiswa, dan dengan itu masih mengharapkan bapanya untuk membayar yuran persekolahannya. Kesedaran ini timbul setelah dia mencurahkan isihatinya kepada Khairil pada malam pertama mereka berdua di asrama.
“Abis kau macamana beb. Bapak kau pun bagi kau duit jugak ke?” tanya Amran, setelah Khairil bertanya Amran siapa yang akan membiayai pembelajarannya di UTM ini.
“Aku orang miskin... Bapak aku mana mampu. Aku dapat biasiswa lah,” jawab Khairil.
“Entah... boleh kot. Kau cuba apply lah,” jawab Khairil. “Eyy...tapi kau kaya raya siapa nak bagi kau biasiswa? Sekolah pon sekolah prebet, susahlah kau nak dapat.”
“Abis tu, macam mana aku ni?”
“Semester pertama ni, bapak kau dah settle semuakan?”
“Betul, next semester?”
“Itulah aku cakap. Kau tak yah lah marah sangat kat orang tua kau. Sini pun ok apa? Hina sangat ke belajor kat Malaysia ni?”
“Tak lah, bukan aku kata hina, tapi aku dah plan baik punya. Aku dah atur hidup aku. Lepas ni buat apa, lepas tu buat apa.... last-last semua tak jadi... kau tak frust ke?” Kata Amran sedih.
“Aku paham... tapi, kau dah kat sini. Kita buat yang terbaik. Ini semua ada hikmahnya... tak caya kau tengok lah. Aku guarantee ada. Tapi, satulah aku mintak.... besok pagi kau telefon mak dengan bapak kau, kau mintak maaf. Lepas tu, aku cakap, sure kau rasa lega... nak belajor pun senang masuk. Jangan derhaka Ran,” nasihat Khairil kepada Amran.
Amran terdiam. Ketika itu, dalam kesunyian malam, dan bila akhirnya jiwanya rasa tenang, dia nampak kebenaran kata-kata Khairil.
Atau mungkin kata-kata Khairil itu yang menenangkan jiwanya. Mungkin, Khairil lah hikmah pertama dari takdir yang menentukan dia sampai di kamar kecil ini, di universiti tempatan ini, di Kuala Lumpur, tempat kelahirannya.
“Oi.. dah tidor ke,” Khairil menyapa Amran.
“Belum lah,” kata Amran sambil menyapu air yang bergenang di kelopak matanya. “Khairil.....”
“Hmmm....” jawab Khairil yang hampir lelap.
“Thanks...”
“For what?” tanya Khairil.
“Nasihat kaulah....thanks.... esok aku telefon mak aku,” kata Amran.
“Thanks aje.... makan-makan takde ke?”
“Nanti esok aku belanja kau lunch.”
“Aku main-main ajelah.... dah tidor lah aku mengantuk,” kata-kata akhir Khairil sebelum dia melayang ke alam impian.
Amran, setelah hatinya rasa lapang, juga terlayang di ulit mimpi.
**************
Ketika semester kedua pengajian, ibu Amran Datin Suraya tidak akan dapat menyembunyikan lagi kesan kimoterapi dari Amran. Rambut yang semakin tipis dan kecengkungan pipi semakin ketara, memaksa Suraya mendedahkan keadaan dirinya sebenar. Dia mengidap kanser pangkal rahim tahap dua.
Berita itu sungguh traumatik bagi Amran. Dia menyesali segala perbuatan dan sikap yang ditunjukkan kepada ibunya pada awal semester dulu. Kini baru dia faham mengapa ibunya tidak mahu dia keluar negara untuk menyambung pelajaran. Amran tersangat sedih dan hampir berkeputusan untuk menggantung pelajarannya di UTM untuk dia menjaga ibunya. Tetapi, ibunya melarang Amran. Dato’ Majid telah pun mendapatkan khidmat jururawat persendirian untuk menjaga Suraya.
Amran, sejak itu, akan bertegas untuk menemani ibunya setiap kali sessi kimoterapi, hinggakan dia banyak ponteng kuliah dalam semester kedua. Khairil membantu untuk mendapatkan nota-nota dan bahan-bahan ulangkaji untuk Amran. Pernah juga Khairil terjebak bila dia menandatangani senarai kedatangan bagi pihak Amran.
Mungkin kerana kanser itu telah dikesan awal, Datin Suraya semakin pulih dan akhirnya, tiga bulan kemudian doktor mengesahkan bahawa tiada lagi sel kanser wujud dalam rahim Datin Suraya. Kepada Suraya, ia adalah rahmat dari Allah, berkat dari doa dan belaian kasih sayang anak tunggalnya.
Kepada Amran, ia menguatkan lagi azam untuk bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Walaupun semasa kecil dia berguru di rumah dengan Ustaz yang diupah oleh ayahnya untuk belajar ugama, secara praktiknya Amran sangat kekurangan. Namun begitu, kesungguhannya untuk belajar semula mengenai ugamanya dan kerelaan hatinya untuk mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Khairil sungguh mengkagumkan Khairil. Dan Khairil, yang kini dengan tidak sengaja telah menjadi mentor kepada Amran, dengan rela dan senanghati mengajar apa yang sekadar pengetahuannya. Lebih dari itu, mereka sama-sama berjumpa Professor Dr. Ekhwan, pensyarah pendidikan Islam.
Tahun demi tahun, persahabatan mereka semakin akrab, sehinggakan ramai rakan lain menyangkakan mereka berdua pasangan “gay”. Mereka berdua langsung tidak menghiraukan pandangan serong segelinitir insan yang berfikiran cetek itu, yang pastinya lahir dari perasaan hasad dan dengki. Apa tidaknya, Amran dan Khairil adalah pelajar terbaik setiap semester mereka belajar di UTM. Setiap tahun nama mereka disebut dalam senarai Dekan. Mereka mencabar satu sama lain dan berlumba untuk mengatasi satu sama lain.
Amran dan Khairil semakin akrab. Malah, Khairil lah satu-satu nya kawan Amran. Khairil sahaja yang dia percaya dan dengan Khairil sahaja dia boleh berbual. Dengan rakan-rakan lain, dia rasa kelu dan rimas kerana pada pendapatnya mereka terlalu risaukan perkara-perkara remeh. Terutamanya tentang pelajar-pelajar wanita, tentang bolasepak, tentang motosikal atau tentang kereta. Ini lah topic perbualan rakan-rakan lelaki yang lain. Khairil lebih mudah bercampur dengan rakan lain, tetapi dia sering rasa kasihan bila melihat Amran terpulau keseorangan. Tetapi Amran tidak ambil hati kiranya Khairil tidak bersamanya. Kalau tidak pergi makan atau bersiar-siar atau duduk dalam bilik kuliah bersama Khairil, dia lebih rela duduk sendirian.
Amran juga jarang ke perpustakaan kerana segala buku yang diperlukan akan dibeli oleh ibubapanya. Maka dia jarang bercampur dengan rakan lain melainkan terpaksa bila ada tugasan berkumpulan. Dan dalam keadaan itu dia sering menjadi ketua samada dipilih atau tidak. Dia punya karisma dan keyakinan diri yang secara semula jadi menyebabkan orang mudah menjadi pengikutnya.
Akan tetapi, kalau untuk sekadar bersosial, rakan-rakan lain menjauhkan diri dari Amran. Amran tidak pandai berbual kosong dan tidak pandai berselindung atau berkias dalam menegur dan mengkritik. Cuma Khairil yang sahaja yang memahami dan tahan dengan perangai Amran, dan Amran juga memahami personaliti Khairil, menyebabkan dia lebih lembut dalam mengkritik Khairil, lebih-lebih lagi sepanjang lima tahun mereka berkuliah bersama, Khairil lebih mendalami jiwa Amran, dan menjadi tempat Amran meluah segala harapan, sesalan, suka duka hidupnya, mereka berdua menjadi bagai isi dengan kuku.
Tetapi, mereka berdua sebenarnya banyak berbeza.
Kekasaran perangai Amran menyebabkan gadis-gadis merenggangkan diri dengannya sebaik dia membuka mulutnya. Dia tak pandai bercakap secara romantik dan lembut, dan walaupun baru pertama kali berjumpa akan ber “aku-engkau” dengan gadis kenalan barunya itu. Makanya, Khairil yang selalu dapat “makwe”, walaupun secara fizikal, Amran jauh lebih tampan.
Namun, Khairil pun tak pernah ada perhubungan yang lama dengan satu-satu gadis. Paling lama 2 minggu. Kerana, dia mudah bosan dengan perangai kebanyakan gadis. Dia lebih tertarik kepada gadis yang nampaknya bijak dan suka berdikari. Setelah, mendamping beberapa gadis di UTM, dia selalunya memutuskan hubungan bila si gadis mula meminta terlalu banyak perhatian darinya.
Khairil, bagaimanapun, adalah anak terpelajar dan berpendidikan agama, serta matang dalam pemikiran dan tidak pernah mengambil kesempatan lebih atas gadis-gadis itu. Cuma, kemungkinan besar, perbuatannya yang suka mengurat kemudian memutuskan adalah punca mereka berdua digelar pasangan “gay”.
Walaupun kekasaran yang terserlah pada perwatakan dan tingkah laku Amran, hatinya lembut dan mudah memaafkan berbanding dengan Khairil. Amran tidak mudah ambil hati dan juga tidak melatah dalam situasi yang paling tertekan. Dia akan beritahu secara tepat dan tanpa berselindung tentang apa dia fikir tentang sesuatu atau seseorang, tanpa mengambil kira perasaan insan yang menerima kritikan. Dan dia mengharapkan orang lain melakukan yang sama kepadanya juga. Dia jadi kurang sabar bila orang berkias-kias hendak memberitahunya sesuatu. Tetapi, semua akan habis di situ dan waktu itu. Samada dia menerima atau tidak kata-kata orang itu, itu persoalan kedua. Namun, dalam hatinya tiada langsung rasa benci atau dengki terhadap manusia yang mengkritiknya tadi. Cuma Khairil seorang yang Amran akan sentiasa berhati-hati dalam mengkritik dan membetulkan kesalahan.
Khairil seorang yang sensitif. Pantang di tegur. Kalau nak tegur mesti kena caranya. Kalau cakap terus tanpa selindung, silap haribulan lebam biji mata. Dan dia juga suka berdendam. Kalau ada orang yang menyakiti hatinya, sampai bila-bila dia langsung tak akan menegur orang itu, walaupun kemaafan telah dipinta. Dia sendiri jarang hendak menegur kesalahan orang lain, melainkan orang itu yang meminta pendapatnya. Itu pun dia cuba memberitahu dengan cara lembut agar tak tersinggung perasaan. Dan dia berharap orang melakukan seperti itu juga keatasnya. Selain dari itu, Kharil pada zahirnya seorang pelembut dan mudah memberi senyuman. Dan mudah mesra dengan orang yang tidak dikenalinya.
Amran ulat buku, yang pada hampir setiap masa mukanya tertanam didalam buku, manakala Khairl banyak bergiat dalam sukan. Dia pemain tengah pasukan bola sepak UTM. Amran selalu berpolemik dengan pensyarah sehinggakan pelajar lain rasa bosan. Khairil dipuja ramai pelajar wanita dan juga lelaki kerana kehandalannya bermain bola dan kemesraannya dengan orang yang baru dikenal.
Perbezaan mereka begitu ketara, dan sering kawan-kawan lain bertanya, bagaimana Amran dan Khairil boleh menjadi begitu akrab? Dan jawaban yang mereka beri cuma, entahlah. Mungkinnya persahabatan mereka adalah satu simbiosis. Amran perlukan sifat sensitif Khairil dan Khairil pelukan sikap tegas Amran.
Dan persahabatan ini, telah mengharungi berbagai badai dan taufan kehidupan.
Tahun 2000, mereka berdua menjadi graduan dari UTM. Walaupun keadaan ekonomi negara sedang memulih selepas merudum pada tahun 1999, sektor pembinaan, terutama pembinaan besar seperti janakuasa berkurangan. Maka untuk Khairil dan Amran, walau dengan ijazah terbaik mereka, peluang mendapatkan pekerjaan ketika itu lebih payah dari melombong emas. Walaupun pada asalnya Amran ingin menimba pengalaman dari bekerja dengan syarikat-syarikat kejuruteraan yang sudah mantap, dia terpaksa meminta pertolongan ayahnya setelah 6 bulan menganggur.
Ayahnya, walaupun mampu untuk meletakkan Amran sebagai pengarah urusan kepada salah satu syarikat kepunyaannya, mensyaratkan Amran harus bermula dari bawah untuk mempelajari selok belok operasi sebuah syarikat kejuruteraan.
Jana Power Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat kecil dibawah payung Tenaga Nasional Bhd dalam skim mentor usahawan bumiputra. Ketika itu, ia mengambil sub-kontrak membina beberapa bangunan pencawang elektrik di Selangor dan Perak. Dan itulah pekerjaan Amran yang pertama, menjadi penyelia tapak bina kepada pembinaan lima pencawang elektrik dari 12 yang diberi kontrak oleh TNB kepada Jana Power Sdn Bhd. Tiada keistimewaan walaupun dia anak tauke syarikat, gajinya pun sama seperti gaji graduan baru.
Khairil juga ketika itu masih tercari-cari kerja. Dia telah diambil bekerja di Tanjung Agas, Muar di sebuah kilang elektronik, sebagai penyelia pengeluaran. Itupun sebab pengurus besar kilang itu adalah bapa saudaranya. Kalau tidak, tentu dia tak akan dapat menjawat jawatan yang dibawah tahap kelulusannya.
Khairil tidak begitu tertekan dengan situasi itu, dan menerima pembuangan kerja itu lebih kepada satu rahmat dari musibah. Sememangnya, kilang itu hanyalah persinggahan sementara sambil dia mencari kerja yang lebih sesuai dengan kelulusannya. Bekerja di kilang itu pun dia tidak ramai kawan kerana tahap pemikiran dia dengan rakan sekerja berbeza sungguh dan selalunya dia lebih suka bersendiri dari menyertai sembang-sembang mereka yang dia tidak dapat masuk campur. Tidaklah pula dia menyombong, tetapi perangainya itu telah memberinya label seorang pendiam.
“Surat tawaran saya dah pos, pak cik. Esok lusa dia dapat. Saya perlukan sangat orang macam dia kat sini. Tolonglah pak cik, suruhlah dia terima tawaran tu. Dia tu eksyen sikit tak nak terima, konon tak nak mintak sedekah...tah apa-apa... Pak cik paksa dia report kerja secepat mungkin. Ok pak cik? Terimakasih pak cik....Assalamu’alaikum,” kata Amran dalam perbualannya dengan Hj Ludin. Haji Ludin tak sempat berkata apa, hanya sempat menjawab salam Amran.
Seperti yang dianggarkan oleh Amran, surat tawaran Jana Power sampai ke tangan Khairil keesokan harinya. Dua hari kemudian, Khairil melapor diri di pejabat Jana Power. Amran tiada di pejabat, tetapi, Dato’ Majid telah menjemputnya, berbual seketika, kemudian mengenalkan Khairil pada Puan Rohani, Eksekutif Sumber Manusia.
Khairil hanya berada di pejabat dua hari, sebelum dia diarah ke tapak pembinaan di Yong Peng, dimana Amran sedang menanti ketibaan sahabat karibnya yang sangat dirindui.

“Aku nak dapat biasiswa boleh ke?”

Amran sudah beberapa kali mengajak Khairil memasuki Jana
Power, tapi Khairil tidak mahu. Dia
tidak mahu menyusahkan sesiapa, apatah lagi sahabat karibnya. Namun, setelah setahun bekerja, kilang itu
melakukan pengecilan saiz tenaga kerja kesan dari automasi yang lebih canggih.
Dan, menjadi mangsa adalah pekerja-pekerja baru.
Khairil tidak begitu tertekan dengan situasi itu, dan menerima pembuangan kerja itu lebih kepada satu rahmat dari musibah. Sememangnya, kilang itu hanyalah persinggahan sementara sambil dia mencari kerja yang lebih sesuai dengan kelulusannya. Bekerja di kilang itu pun dia tidak ramai kawan kerana tahap pemikiran dia dengan rakan sekerja berbeza sungguh dan selalunya dia lebih suka bersendiri dari menyertai sembang-sembang mereka yang dia tidak dapat masuk campur. Tidaklah pula dia menyombong, tetapi perangainya itu telah memberinya label seorang pendiam.
Setelah menjadi penganggur sebulan, ayah dan ibu Khairil
menerima panggilan dari Amran yang menyuruh mereka mendesak Khairil untuk
menerima tawaran oleh Jana Power.
“Surat tawaran saya dah pos, pak cik. Esok lusa dia dapat. Saya perlukan sangat orang macam dia kat sini. Tolonglah pak cik, suruhlah dia terima tawaran tu. Dia tu eksyen sikit tak nak terima, konon tak nak mintak sedekah...tah apa-apa... Pak cik paksa dia report kerja secepat mungkin. Ok pak cik? Terimakasih pak cik....Assalamu’alaikum,” kata Amran dalam perbualannya dengan Hj Ludin. Haji Ludin tak sempat berkata apa, hanya sempat menjawab salam Amran.
Seperti yang dianggarkan oleh Amran, surat tawaran Jana Power sampai ke tangan Khairil keesokan harinya. Dua hari kemudian, Khairil melapor diri di pejabat Jana Power. Amran tiada di pejabat, tetapi, Dato’ Majid telah menjemputnya, berbual seketika, kemudian mengenalkan Khairil pada Puan Rohani, Eksekutif Sumber Manusia.
Khairil hanya berada di pejabat dua hari, sebelum dia diarah ke tapak pembinaan di Yong Peng, dimana Amran sedang menanti ketibaan sahabat karibnya yang sangat dirindui.
Comments
Post a Comment