Bab 1: 8 Rajab 1438 - Rendezvous di KLCC
Dari kejauhan, susuk tubuh yang kian mendekati diri
Khairil, sudah pasti identitinya.
Terlalu pasti kerana terlalu dia mengenalinya. Memori yang dikuburkan dulu mula mencakar benak
Khairil, ingin keluar untuk dihidupkan semula. Memori masa-masa tubuh itu
pernah berada di dalam dakapannya.
Di anjung kedai kopi berprestij ini, di bawah naungan
Menara Berkembar, di mana harga secawan kopi boleh menyara makan tengahari
untuk dua orang di warung mamak kegemaran Khairil, adalah tempat yang Vani
pilih untuk pertemuan rahsia ini. Inilah
tempat yang paling memudahkan untuk kedua mereka. Pejabat Vani di tingkat 48,
Menara 2, KLCC manakala Khairil hanya perlu menaiki LRT dari stesen Ampang
Park, dari pejabatnya di tingkat 24 The Intermark, Jalan Tun Razak.
Sementara Vani masih belum sampai ke destinasi, Khairil
tidak dapat menahan dirinya dari memainkan kembali gambaran lima tahun lalu,
menyingkap peristiwa yang begitu segar dalam ingatan, hinggakan setiap derianya
masih merasa segala sensasi yang dialami ketika itu. Hidungnya sudah tercium wangian Vani,
hujung-hujung jarinya masih merasa kelembutan kulit, dan bibirnya, dia tidak
akan mungkin lupa kemanisan bibir Vani.
Dia mentelaah susuk tubuh tu lagi, yang kini sudah
semakin dekat. Walaupun sudah sekian
lama, Vani masih kelihatan seperti dulu.
Masih lansing seperti anak dara 18 tahun walau umurnya sudah pun 34
tahun. Rambutnya yang memang semula jadi
kemerahan, tersimpul rapi, dengan anak-anak rambut yang halus menari lembut,
menggoda, ...mencabar…mungkin.
Wajah Vani menarik bukan cantik. Bukan calon ratu dunia
atau aktres bollywood. Tapi kulitnya
yang bersih dan berwarna kopi susu, campuran Melayu-Jerman, menjadikan begitu
sukar mata-mata yang memandang dialih ke tempat lain. Tambah lagi dengan
gayanya. Ia tak perlu berbuat apa-apa. Terutama pada lelaki seperti
Khairil. Vani seorang yang terpelajar,
ada ijazah sarjana dalam ekonomi dari US.
Dia tidak pernah memakai skirt pendek, lebih suka berseluar and
“blouse”, tapi tentu sekali yang berjenama.
Tiba-tiba hati Khairil menjadi gundah. Apakah perbuatan ini betul. Mungkinkah aku telah membuat keputusan yang
bodoh. Mengapakah aku masih tidak dapat
menolak permintaan Vani walaupun setelah lima tahun berlalu? Bodoh!
“Hai,” sapa Vani, separuh berbisik. Dia agak tercungap kerana berjalan terlalu
pantas. “Dah lama tunggu?” sambung Vani
sambil duduk. Seorang pelayan lelaki
yang cekap dan prihatin sudah pun tercegat di sebelah Vani menghulur menu. “Just a latte, please” kata Vani sambil
tersenyum kepada pelayan itu. Khairil
menghirup wangian Vani yang sangat diminati dulu; dan kini juga.
“Sorry, I tak dapat keluar cepat, lama lak meeting tadi,”
Vani meminta maaf. “Thanks, for seeing
me today.” Sambungnya sambil tangannya
menyentuh tangan Khairil yang dari tadi bermain dengan penggodak plastik
kopinya.
“No problem. Apa
yang ‘urgent’ sangat?” Khairil ingin terus ke agenda utama petemuan ini.
Hatinya terasa menyesal kerana pertanyaan itu berbunyi kurang sabar untuk
pertemuan ini berakhir.
“Tak urgent, tapi, important,” kata Vani tersenyum.
Minuman Vani sampai, dan Vani memberi senyuman manis
untuk pelayan itu, yang terus tersenyum walaupun dia sudah mula balik ke
stesyennya.
“Dengar Jana Power dah siapkan projek kat Songkhla. Dapat
pujian kerajaan Thai,” kata Khairi, teringat dia terbaca berita itu di akhbar.
“Hmm... I tak nak cerita pasal projek Songkhla tu,” jawab
Vani dengan nada yang marah atau menyampah, Khairil tak pasti. Khairil berasa hairan dengan sikap itu
sedangkan, projek Songkhla itu menjadi rebutan ratusan syarikat pembinaan dan
kejuruteraan kerana kelumayanan bayarannya.
Dan bagi Vani dan Jana-power Sdn Bhd mendapat dan menyiapkan projek
raksaksa itu dengan baik hingga menerima pujian sepatut sesuatu yang
membanggakan.
“You apa khabar?” tanya Vani pula kepada Khairil.
“Sihat, Alhamdullilah. Tapi apalah kita ni. Peniaga kecil-kecilan.” Khairil merendah diri.
“Bukanke your firm, Khairil, Mustapa & Co dapat
tender untuk design Bangunan Bank Negara baru…or something like that.”
“Ha ah, belum start apa-apa lagi pon,”
Mereka berdua terdiam sebentar, tak tau bagaimana hendak
meneruskan perbualan setelah sekian lama terpisah.
“So, Apa halnya pertemuan rahsia kita ni?” kata Khairil
seloroh, sambil mengeluh. Hatinya masih
gundah tetapi perasaan ingin tahunya merengek hingga dia akur untuk berjumpa
Vani.
“Amran ada call you?” tanya Vani.
“Takde... apahal pulak dia nak call I?”
“Takde apa...,” jawab Vani. Dia jelasnya mahu
memperkatakan sesuatu, tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
“Actually, I nak you tahu something.... You berdosa dengan I,” kata Vani tepat
dan tanpa emosi.
“What??... I berdosa dengan you? Bukan you ke yang...”
derhaka, nusyuz. Itu perkataan yang Khairil tidak dapat sebutkan. “Please lah,
Vani... Kita semua tahu apa yang berlaku kan?” kata Khairil.
Terdiam lagi, kedua mereka melihat persekitaran, khuatir
suara mereka semakin kuat.
“Actually, Khairil, you tak tau apa sebenarnya
berlaku. I pun baru tahu semalam. You dah berdosa dengan
I. Khairil.”
“Huh? Apa you cakap ni? Sejak bila pulak isteri derhaka,
suami pulak yang berdosa?” Darah Khairil mula menyirap. Setelah lima tahun, setelah dia nampak dengan
mata kepalanya sendiri, masih juga Vani menafikan segalanya dan mengatakan dia
bersalah?
“I tak pernah derhaka kat you. You yang tak usul periksa,” kata Vani,
lembut, tidak mahu menjadikan suasana ketika itu tegang. Itu bukan caranya menyambung silaturrahim
yang terputus lima tahun lamanya. “Ok lah, I pun salah jugak tak mintak maaf
pada you masa perkara tu jadi. Tapi itu saja kesalahan I. You menuduh I derhaka, when I never loved
anybody else but you... Itu dosa you pada I,”
kata Vani dengan serius. Matanya
berkaca kerana genangan airmata.
“Tuduh? I nampak dengan mata kepala I sendiri... tuduh
apa?” jawab Khairil menahan suaranya dari naik terlalu tinggi. “Heeei...
sudahlah, this is a waste of time.
Whatever it is, you tahu, I dah kahwin, and I ada anak and I love my
wife and my daughter very-very much. You
nak suruh I buat apa? Nak suruh I turn back time? Semuanya dah berlaku. I am happy, and I think you should be too. So
pleaselah, Vani, janganlah melibatkan I dalam hidup laki-bini you. Whatever
problems you ada you carilah penyelesaian sendiri. Hidup I dengan hidup you, dah takde kena mengena
lagi.”
Kharil kini begitu menyesal menerima jemputan Vani ke
kedai kopi mahal ini. Kalau melepak
dengan kawan di restoran mamak dekat pejabat tadi lagi baik, fikirnya.
Vani tunduk dan kedengaran dia tersedu. Dia ingin sahaja
memberitahu Khairil kisah sebenar, apa yang berlaku lima tahun lalu. Agar Khairil dapat mengetahui betapa kesatnya
kata-kata itu. Sedangkan, tujuan Vani
berjumpa Khairil ini adalah untuk... entah, Vani pun tak pasti mengapa dia hendak
bertemu Khairil. Betul juga kata Khairil,
apa boleh dilakukan sekarang? Dan, ya, sekiranya tidak mustahil, memang dia
ingin memutarkan semula roda-roda masa untuk kembali ke lima tahun dulu, ketika
dia bahagia tetapi telah membuat keputusan-keputusan yang salah, hinggakan dia
kehilangan Khairil.
Tetapi, dalam serabut perasaan yang dialami sekarang ini,
dicelah kemarahan, kesakitan hati, sesalan dan kesedihan, ada satu perasaan
yang dia tahu adalah yang benar dan akan sentiasa benar. Perasaan yang tidak pernah padam dalam
hatinya walaupun sekian lama dia tidak langsung menyapa perasaan itu, dan dia
telah memastikan dirinya sibuk dengan kerja dan rutin harian, untuk cuba
melupakan perasaan itu. Semalam, setelah dia tahu kisah sebenar itu, dan
mungkin kerana marahkan suaminya Dato’ Amran, dia telah sengaja bermain semula
dengan perasaan itu dan dia dapati itu sahaja yang benar dan suci dalam dirinya
kini. Perasaan cinta, kasih, sayang,
apapun namanya, untuk Khairil. Dan itu
lagi menambahkan sedih dihati Vani bila mendengar kata-kata yang keluar dari
mulut orang yang paling dicintai. Vani
tunduk untuk tidak membenarkan Khairil melihat airmatanya yang mula
berlinang.
Bagi Khairil pula, bukanlah dia tidak tahu yang Vani
sedang menangis. Bukan pula dia seorang yang tidak sensitif. Tetapi dia kurang
pasti apa yang berlaku di hadapan matanya.
Dia hanya bersandar pada kerusi besi dan menarik nafas panjang. Dia cuba menaksir keadaan.
“Vani, apa you nak I buat?” kata Khairil lembut, hampir
memujuk, tapi dia masih tersandar seolah-olah ingin meletakkan sebanyak ruang
yang mungkin antara dia dan Vani.
“Entah... Actually, I pun tak tau I nak you buat apa,”
Vani mengaku. “Sekarang ni I marah sangat kat Amran sebab baru sekarang dia
ceritakan everything. And I marah kat you sebab you yang tinggalkan I terkonteng-konteng.”
“Siapa tinggalkan siapa, itu kena buat analisa dulu,” ada
racun yang berbisa pada kata Khairil itu.
“You masih tak
tahu apa yang sebenarnya belaku,” Vani ingin menceritakan segalanya.
“Sudahlah, I tak nak buka cerita lama. Sakit hati aje. I am sorry, Vani, tapi I tak
dapat tolong you. Dah nak maghrib, I nak
balik,” Khairil memintas kata-kata Vani.
Dia mengangkat tangan untuk menarik perhatian pelayan. Bila seorang pelayan memandang kearahnya, dia
menggoyang tangannya seolah-olah menulis di udara. Pelayan itu mengangguk faham.
Vani masih duduk sambil memandang jari-jemarinya yang
bermain dengan sulaman corak bunga pada hujung bajunya.
“You ni tak berubah lah, Ril... you and your stupid ego,”
kata Vani tiba-tiba dan lantas dia bangun dan terus pergi ke arah dia datang
hampir 15 lima minit tadi.
Pelayan datang dengan bil, Khairil membayar dan sambil
menantikan baki wang, dia melihat Vani pergi semakin jauh, hingga dia ditelan
oleh lautan manusia yang semakin ramai membanjiri kawasan sekitar KLCC.
Hatinya rasa kesal.
Mungkin dia patut lebih sensitif.
Mungkin dia patut lebih prihatin. Bila baki wang telah di kembalikan, Khairil tinggalkan
beberapa keping wang RM1 didalam bekas kulit yang datang bersama bil, bangun
dan menarik nafas panjang lalu terus masuk ke dalam bangunan Suria KLCC dan
menapak menuju ke stesen LRT yang bakal membawa dia pulang.
Comments
Post a Comment