Bab 4: Amran bertemu Khairil


Haji Ludin, Hajah Salehah dan dua anak mereka, Khairil dan Khairiyah, bertolak selepas subuh dari Parit Pelampung, Muar, Johor ke Kuala Lumpur.

Pukul 9:30 pagi, lebih kurang, mereka sampai di perkarangan kampus UTM.  Lebih kurang 3 jam kemudian, proses pendaftaran selesai.  

Bersama ayahnya, Khairil memasuki kamar asrama yang sempit di kampus Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Gurney Kuala Lumpur.  Kamar kecil itu hanya cukup untuk dua penghuni sahaja.  Dua buah almari untuk penghuninya menyimpan pakaian dan segala hak persendirian, sebuah meja untuk mentelaah pelajaran mengisi ruang dinding sebelah kanan, sebuah tingkap bertentangan pintu masuk, yang, jika pintu ditutup, merupakan satu-satunya sumber cahaya semula jadi ke bilik kecil itu.

“Keciknya,” komen Haji Ludin.

“Oklah ni Bah. Takpe lah Bah.  Mak dengan Yah tunggu kat luar tu lama pulak, kang.  Saya dah jumpa bilik saya ni, Abah toksah risaulah,” kata Khairil melihatkan dahi ayahnya yang berkerut.

“Yalah...yalah, macam tak sabor nak suruh aku balik aje.  Yalah aku balik. Ada apa-apa kecemasan, ni nombor telefon Pak Ngah Kodin kau kat Kajang.” Kata haji Ludin masih berkerut mukanya.   

“Jangan risaulah Bah.  Jom, saya hantar Abah ke kereta, lama lak Mak tunggu, saya pun  tak salam Mak lagi.”  Khairil memasukkan kertas yang bertulis nombor telefon dan alamat Pak Ngah Kodin ke dalam poket seluar jeansnya.  Sebenarnya dia tak ada sekelumit pengetahuan pun siapakah dia Pak Ngah Kodin. 

Di tempat letak kereta, Hajah Salehah mendakap anak lelakinya erat.

“Mak, janganlah, malu saya orang tengok. Saya bukan pegi oversea. Muar KL 3 jam pun tak sampai,” bisik Khairil sambil mendakap ibunya.

“Sembahyang jangan tinggal. Tulis surat, telefon selalu.  Jangan merayau tak tentu hala kat KL ni,” Salehah berkata dengan sayu, masih mendakap anak bujangnya.

“Dahlah tu, maknye,” kata Haji Ludin.  “Dah, aku balik, jaga diri baik-baik.”

“Bye Bang,” kata Khairiyah yang tak sabar nak balik.

“Sinilah salam abang,” arah Khairil. Khairiyah yang dari tadi dipimpin oleh ibunya, datang bersalam dan mencium tangan abangnya. “Jangan nakal-nakal. Tolong mak kat dapur, ok?”

Khairiyah mengangguk dan pergi mendapat ibunya semula.
Khairil mencium pipi dan tangan ibunya dan kemudian mencium tangan ayahnya dan mengiring mereka masuk ke dalam kereta.  

“Asalmu’alaikum, mak, abah. Bawak kereta baik-baik Bah. Malam kang saya telefon.”

“Wa’alaikumsalam...,” jawab Hajjah Salehah dan Haji Ludin.

Bila Khairil balik ke penginapan barunya, didapati pintu kamarnya terbuka.  Serasa dia, di menutup pintu kamar itu dan menguncinya, kerana semua harta benda untuk kemandirian diri selama dia akan berada di UTM ini ditinggalkan dalam bilik kecil itu.

Dia menjenguk perlahan ke dalam bilik malap itu.  Ada sebuah beg bukan kepunyaan Khairil di tingkat atas katil dua tingkat.

“Excuse me,” tiba-tiba suara datang dari belakang Khairil.  Khairil berpusing ke arah suara itu dan mendapati ia datang dari seorang yang agak tampan berbaju kemeja T dan jeans lusuh.

“Ini bilik gua, lu pun kat sini ke?” kata jejaka itu. “Wa tidor atas, lu tidor bawah. Almari tu wa punya, yang tu lu punya.”

Khairil tergamam.  Hatinya berasa sakit kerana diarah untuk berbuat sesuatu yang memang dia akan buat.  Memang dia sudah memutuskan sebaik sahaja dia masuk ke kamr kecil ini bersama ayahnya tadi yang dia akan mengambil almari di sebelah hujung sana dan katil yang bawah.

“Oh... sori...wa Amran, lu?” tanya Amran selepas dia melompat ke katil atas dengan tilam berkulat belum beralas. Tangannya dihunus kearah Khairil.

“Khairil,” jawab Khairil perlahan sambil menyambut tangan Amran.  Amran menggenggam erat tangan Khairil dan menepuk belakang Khairil. 

Hati Khairil terasa sebak.  Apalah nasib aku dapat roomate macam samseng ni.Ya Allah, apakah dosaku, detak hati Khairil.  Dengan perlahan dia membuka begnya mengambil cadar dan membalut tilam lusuhnya.

“Eh...lu course apa?” tanya Amran lagi sambil menjenguk kepalanya dari tepi katilnya,

“Electrical,” jawab Khairil... Ayyy, jangan cakap dengan aku boleh tak? Kata hati Khairil.

“Hah? Electrical? Power ke electronic?” tanya Amran lagi.

“Power,” jawap Khairil lagi, sambil merebahkan dirinya ke atas katil.  Bau cadarnya seperti bau almari rumahnya, bau ubat gegat berbaur bau sabun cuci baju kegemaran ibunya.  Bau itu menenangkan sedikit hatinya, tapi menimbulkan rindu pula pada kampung halaman.

“Power? Orait! Sama siot! Wa pun power.”

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa ku.  Keluarkanlah aku dari seksa ini, doa hati Khairil.

“Lu kampung mana bro?” tiba-tiba Amran bersuara dari atas katil, setelah beberapa lama kedua-duanya termenung memandang keatas, Amran ke siling berkerawang dan Khairil ke papan lapis 
penuh lakaran dan cetusan hati penghuni-penghuni sebelum Khairil,  yang menyokong tilam dan kini badan Amran.

“Lu kampung mana  bro?” ulang Amran, kali ini menjenguk kebawah untuk memastikan Khairil masih sedar.

“Muar. Lu?” tanya Khairil kembali, terikut pula dia cara percakapan Amran.

“Wa tak de kampung la beb.  Wa lahir kat KL ni,” kata Amran.  Ada nada kesal dalam suaranya.  Dia rebah semula ke katil tak berbalutnya.

“Ok la tu, hari-hari boleh balik rumah.” Kata Khairil.

“Takde laa. Wa tak nak balik rumah lagi dah. Boring lah... ”

“Pasal lak?” tiba-tiba Khairil jadi musykil, ingin tahu latarbelakang budak KL, teman sebiliknya.

Amran tak menjawab, sebaliknya berkata, “Kau tau tak...patut aku gi oversea.” Hilang sudah “lu” “gua”.

“Abis tu, pasal tak pegi?” tanya Khairil.  Aksyen pulak mamat ni.  Dah dapat oversea belah aje laa, kata hati Khairil.

“Hmmm..... Mak gua tak kasi laa, beb. Tah apa-apa laa.”

“Lek a leee.....anak mak! Nampak macam macho aje.... amende la luuu? Kah,kah,kah!!” ejek Khairil.

“Eeyy! Celaka lu! Aku tumbuk muka kau, baru kau tau!” tiba-tiba jerkah Amran dari atas katil.

Khairil terdiam. Alamak, terlepas cakap, kata hatinya menyesal.

“Haaa... takut, suspen. Tu aku baru gertak tu,” tiba-tiba Amran menjeguk semula kebawah, sambil tersengih.

Azan mula berkumandang bergema disekitar kampus. Khairil terus bangun untuk mengambil wudhu’.

“Eh... Lu nak gi mana?” tanya Amran.

“Angkat air sembahyang, lepas tu sembahyang. Tak dengar ke azan tu?” jawab Khairil agak marah.  Tak pernah sembahyang ke mamat ni? Hati Khairil tertanya.

“Huh...ok... Eh tunggu aku,” kata Amran, sambil terjun ke bawah dari hinggapannya.

Khairil berjalan ke bilik air dan Amran mengekornya.  Ketika mengambil wudhu’, Amran asyik menoleh ke arah Khairil, meniru perbuatannya.  Selesai berwudhu’, Amran mengekor Khairil kembali ke bilik.  Khairil mengorek begnya dan mengeluarkan sejadah, songkok dan kain sarong.  Kemudian baru dia sedar, Amran sedang tercegat berdiri memerhatikannya.

“Kau takde sejadah?” tanya Khairil.

Amran menggeleng.

“Kau dah sunat?” tanya Khairil lagi.

“Wei... aku Islamlaa... Cuma....” jawab Amran sedikit marah tetapi lebih dengan perasaan malu.

Khairil tidak tunggu akhir ayat Amran.  “Kau tau cara nak sembahyang, tak?” tanya Khairil.

“Tau... Sembahyang Jumaat aku tak pernah miss.”

“Ini sembahyang Zohor.  Ada empat raka’at... tau raka’at?”

“Aku taulah.  Cuma aku ni... kurang tekun aje,”

“Kalau gitu, aku sembahyang dulu. Sejadah ni satu aje ku ada.  Lepas tu kau pulak.  Bilik ni pun bukan muat pun kita nak berjemaah... Ok?” kata Khairil.

“Ok,” kata Amran.

Khairil mengorek lagi begnya dan mengeluarkan sebuah kompas untuk menentukan arah Kiblat.  Setelah mendapat arah yang betul, dia membentang sejadah.  Arah kiblat hampir terus bertentangan dengan tingkap.

“Eh... kau duduk tempat lain boleh tak, tok leh concentratelah kau ada situ,” kata Khairil sambil mengeluh.

“Oh... sori... Aku panjat ataslah,” kata Amran yang tadi tertonggok ditepi katil Khairil.

Khairil mengangkat takbir dan bersolat.  Amran, mengintainya dari atas katil.

Selepas sahaja memberi salam, Khairil mendongak ke atas untuk menyuruh Amran turun untuk bersolat. Tapi, Amran tidak kelihatan.  Tetapi terdengar suara dengkuran yang perlahan dari atas katil.

“Hoi... siapa nama... Amran... woi... bangun... kata nak solat,” Khairil menggegar kaki Amran.

“Huh? Siapa? Aku kat mana ni?” Amran terkejut dari tidor.

“Kau kat asrama UTM... hei.. apalah nasib aku dapat roommate macam kau... wei jangan tidor balik... pergi ambik wudhu’... solat!” kata Khairil bila Amran nampaknya hampir menutup mata.

“Okla, okla... lebih teruk dari mak aku lah kau ni,” kata Amran sambil duduk di atas tilam. Kemudian dia mengesut ke tepi katil dan terjun ke bawah, dan terus berdiri di atas sejadah dan mengangkat takbir dengan seriusnya.

“Oi... pegi ambik wudhu’ dulu laaa.”

“Tadikan aku dah ambik dengan kau tadi, kau lupa ke?” kata Amran, kedua-dua tangannya berada dikedua belah telinganya dalam posisi mengangkat takbir.

“Kau dah tidor real punya tadi, batal lah wudhu’.”

“Ooo...Ye ke?”

“Astaghfirullaaah... “ Khairil tak tau samada nak ketawa atau marah atau sedih melihatkan gelagat Amran. Kesian pun ada juga.   Yang pastinya Amran jarang solat.

Amran melihat Khairil menggeleng-gelengkan kepala terus keluar menuju bilik air untuk mengangkat air sembahyang sekali lagi. Tetapi, sebentar kemudian dia muncul balik dimuka pintu, sedang Khairil baru mahu melabuhkan badannya ke atas tilam.

“Eh... bro.. kau ikut aku jap... tengok aku ambik wudhuk betul tak?” kata Amran tersengih.

Ya Allah... berilah aku kekuatan.... kata hati Khairil. Seberat hatinya terasa, dia bangun semula dan mengekor Amran ke bilik air.

Selesai solat, sebaik sahaja memberi salam, Amran terus memandang kepada Khairil. “Ok tak?”

“Oklah tu. Pandai pun,” kata Khairil. “Cuma, janganlah laju sangat. Kena ada tomakninah.”

“Tomakninah?”

“Tomakninah. Tak tau ke?”

“Tau... kena stop, stop sikit jangan laju aje. Tadi aku laju sangat ke?” tanya Amran serius. Dia betul-betul ingin tahu.

“Tau pon. Tak laju sangat. Tapi, aku tengok mulut kau komat-kamit baca sambil kau roku’... seeloknya, abiskan baca tu baru mula dengan perbuatan.”

“Oooo... teror lah lu. Eh...aku nak belajar ugama betul-betul lah. Lu boleh ajar ke?”

“Woi.. mana boleh...ko cari lah ustaz. Aku ni belajo dari mak-bapak aku aje.”

“Kau ajar aku basic dulu lah. Aku punya basic pon kantoi ni.” Kata Amran serious.

“Oklah. Tapi, nanti lepas kita settle semua, kita gi cari ustaz, ok? Aku pun boleh tumpang juga. Bagus kita selalu ulangkaji Fardhu Ain ni.” Balas Khairil. Dia mula merasa simpati kepada kawan sebiliknya.

“Ok.. Thanks, Bro.... Fardhu Ain tu apa, Bro?”

Comments